Darlings

Thursday, July 13, 2017

Parents tak reti jaga anak?

Sejak naik pangkat jadi mak, entry pun berkisar pasal parenting, anak anak, rumahtangga je la uolls. Topik hangat dekat facebook lately kan. Masing masing dok bertelagah pendapat diorang betul. Haish. Apa yang dok kalut sangat la. Dah namanya manusia, adik beradik kembar pun belum tentu sama pendapat inikan pula parents A dan parents B kan.

Baru baru ni dok hangat pasal statement chef wan yang ibu bapa tak reti jaga anak masa bertandang ke rumah orang. Masing masing butt hurt kan. Mau tak butt hurt weh. Aku ler salah sorang tu. Raya baru baru ni, macam biasa la kalau balik kelantan, agenda wajib adalah ziarah menziarah rumah sanak saudara. Turn rumah ke 5 jatuh pada rumah arwah atuk aku, walaupun atuk dah tak ada, tapi aku still ada nenek tiri, mak cik pak cik yang masa raya lah boleh jumpa masing masing. Nak dijadikan cerita, masa aku dan Mr Razman sibuk dok leka makan mee bandung, terlepas pandang si lasak alana rose tu buat apa. Dia ni memang suka pegang semua benda tau. Nak dijadikan cerita dia gatal tangan g petik bunga plastik dalam pasu. Gamaknya nak ambik tapi tak sampai so dia acah tarik, sekali dengar bunyi benda pecah. Berkecai bahagian atas pasu, berkecai jugak hati mama ni nak oi. Panik sebab pasu rumah orang kot! Padan muka mama papa kan sebab lalai sangat. Mendapat malu.

Kalau aku p mana mana memang mulut aku bising, "alana jangan pegang tu, alana jangan ambik ni, alana jangan panjat, alana turun sekarang, alana jangan buat abang! " . Yesza sampai rasa sakit tekak, exhausted sebab manjang dok pekik. tak ada niat nak jadi parents yang halang anak anak dari being creative, active or whatsoever beb, tapi mengenangkan kita berada dalam rumah orang, kalau jahanam harta benda orang , siapa yang menjawab, tuan rumah memang cakap tak apa la, ala budak budak. tapi dalam hati mesti rasa kuciwaaaaa jugak. Respect tuan rumah.

Mama redha je la dua kali pecah dalam bulan yang sama. sekali apaknya yang buat, sekali anak perempuan bertuah yang buat
Kalau kat rumah sendiri, most of the time aku biar je. Nak panjat pagar, nak panjat kerusi. haaa panjat panjat sampai korang rasa bosan. Tapi bila dekat rumah orang, bila dekat mall, senang cerita dekat luar, nak tak nak mak kaurang kena jadi singa, mulut kena mengomel non stop bagi mengelakkan peristiwa pasu pecah, gelas pecah berulang, tambah satu lagi, berlari sana sini macam pelesit bak kata chef wan.
Nasib wujudnya safety harness ni, Dapat lah ringankan beban sikit.
 So, nak tanya la. anak anak korang behave gila ke kalau kat luar? Kalau behave dan mendengar kata alhamdulillah. Rezeki Allah bagi tu. Tapi jangan mendabik dada dan condemn orang yang anak anak super lasak ni. Dah berbuih mulut tegur cara baik, marah, tinggi suara, semua aku dah try. Tingal last sekali aku dah tak mampu nak marah, mampu tahan marah dari meletup je. Kadang kadang sampai aku hang, tengok je anak anak buat apa. Orang cakap macam tengah reboot system.


Tengah tidur rasa geram nak cium, tengah melasak rasa geram nak cubit. grrrrrrrrr
Sekarang ni. Nak cuba didik hati jangan jadi manusia yang pemarah sangat even banyak kali terbabas tapi masih lagi mencuba.

Aku doakan semua parents yang ada anak anak lasak ni mampu bersabar.

Best of luck!
 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger