Darlings

Wednesday, April 19, 2017

Husband ku suweeet ke sawit?

Hi uolls,
Mood tengah rindu serindunya dekat Mr Razman sebab beliau tengah outstation. PD je pun tapi rasa macam jauh bebenor. Call me clingy wife lah. Pantang laki jauh sikit rasa nak riauuuu. The best partnya, bukan aku je ngado ngado lebih, laki aku pun sama. Tengah tengah malam baru habis meeting balik bilik berindu bagai. Hahaha. Comel sangatkan. Dah jauh ( jauh ke) sikit ni reti ler rindu, cuba dok ada depan mata, memasing sibuk dengan gadget sebab masing masing handle business lain lain. 

Since kahwin ni, aku memang jarang update pasal Mr Razman, either dekat fb or ig. Gambar tu kadang kadang la ada. Bukan tak sayang laki oiiiii. Gila tak sayang laki ku. Cuma kalau dok manjang update laki ku baik , laki ku romantik, laki ku rajin, laki ku sporting, kang ado akk krt dok aim laki aku pulak. Haru biru, nayaaa weh. Biar la ku simpan laki ku diam diam. Tapi sekali sekala datang angin nak mengada tu harap mahap. Baca je la diam diam. 

Mr Razman suweet ke? Kalau sweet ikut definisi budak budak sekolah tu aku tak tau. Tapi sweet definisi aku bila.

  • Gilir gilir jaga anak, aku masak, kau layan anak
  • Anak bangun tengah malam, kau bangun handle & tolong buat susu
  • Anak berak,kau tolong cebok. 
  • Dah makan tolong basuh pinggan (Satu pinggan je tapi buat aku senyum sampai telinga tau dak. Nampak effort kat situ nak tolong ringankan beban bini)
  • Bila aku masak kau makan bertambah tambah

Nak list pepanjang rasa kejang pulak jari. 
Baru nak masuk 3 tahun. Kalau haters or Ms perfect baca, ada la tukang komen dalam hati baru kahwin tak yah dok gebang bajet bahagia sangat. No i m not cik kak.

Kita ada cara cara masing masing untuk appreciate pasangan kan. Setakat post cenggini memang tak dapat nak balas jasa jasa suami kau kan. Tapi, at least orang tau yang kita sentiasa appreciate husband kita even sebesar zarah sekalipun kebaikan yang dia buat. 

Hargai suami selagi Allah izinkan dia ada dengan kita. 
Aku cukup terkesan sampai sekarang ni, sebab ada kawan kawan terdekat yang kehilangan suami dalam tempoh dua tahun ni. Aku pun tak mampu nak imagine hidup tanpa suami. Tapi aku yakin Allah hanya menduga pada hamba Nya yang mampu. 

Oke, nak make it short je.
Sebab ada kerja yang nak kena settle. Next entry kita ceghita pasal pengalaman bersalin ank kedua pulak sebelum aku lupa sepenuhnya. Kasi fair la. Pengalaman bersalin anak sulong ada, so anak no 2 pun kena lah ada jugak an an.

Nah belanja sekeping gambar last year


ok. la. gtg guys
Tata

I m back!

Hi, hi, hi uolls.

Gigih malam hari ketuk keyboard. Entah apa mimpi tiba tiba bulan april 2017 ni rasa tersampuk nak update blog. Rindu ler teww. Tapi memang aku rindu nak blogging macam dulu dulu kala. Latest entry pun tahun 2014. Lama nau aku hibernate dari dunia blog ye dak? Zaman anak sorang, sekarang dah tambah sorang lagi dah pun. haaa bab tu kita ceghita kemudian ya.

Aku confident ramai ramai geng blogger yang tegar dulu pun beralih arah ke fb & Ig je sekarang ni. Tak ramai yang rajin nak menaip weh. Nasib la aku ni dak OM belajo typing dulu dulu kala. Itu yang rajin sikit nak buat come back kononnya. Kalau tidak, kirim salam diangin lalu je la weh.

Tapi sekarang ni cabarannya, Taip satu ayat, anak anak datang raih simpati. Mencabar jugak lah ni. Demi nak buat come back, aku tabahkan hati.

Untuk entry come back ni, kita buat sependek mungkin lah. Kalau ikutkan banyak benda yang aku nak taip. Tapi semua dok dalam kepala diam diam dulu. Nanti ada masa aku start karang panjang panjang.

Ada reader ke nan ado reader lepas ni pasrah lah. Janji boleh update pasal daily life ke. So time bosan bosan baca balik kan kan kan. acah acah online diary gitchu.

ok. gtg

See u guys later.
Tata




Sunday, December 7, 2014

Diari Aryan Umar - 2 Months- 7 months

Lama tak menjengah ke dunia blog. Since aku dah mula kerja balik lagi malas nak jengah blog.

Tapi hari rasa macam kena update jugak pasal perkembangan anak takut tiba tiba hilang ingatan kan.

Bukan dalam mood nak mukadimah panjang panjang. Kita straight to the point.

Aryan umar 2 bulan (4.0kg , 55 cm) .

Baby boo dah pandai senyum tegur orang masa ni. Lagi best bila p monthly check up dia yang sebok sengih kambing dekat nurse. Sampai nurse tegur dah pandai senyum ni nak ajak orang borak ni.

Time kena inject pun riau 2 saat je. Good boy sangat bab kena inject. Aku rasa mesti kes kena inject manjang ambik darah masa kena pro long jaundice so dia pun dah kalih dengan jarum agak nya. Kesian anak hemak ni.


Masa aryan umar umur 2 bulan lebih, dia dapat first fever (kinda viral fever) . Betul betul lepas raya puasa.  Aku rasa gara gara long distance balik raya kelantan. On first raya tu tak sempat rehat lagi dah angkut dia raya rumah sedara mara satu hari suntuk, the next day tu dah kena gerak balik raya n9 pulak. Memang tak sempat rest. Dalam kete kena aircond satu hari pulak tu. Sudah nya  mendapat la demam. Suhu cecah 39 masa tu.


Fortunately demam dia tak lama. First experience menghadap anak demam sangat cuak. Sebab family history ada yang oku sebab tak handle dengan betul. Demam panas punya pasal, my cousin hilang pendengaran dan bisu. So, jangan pandang enteng la ye bab demam ni. Tak kena tak pe. Those yang ada history memang cuak lebih sikit.       

Aryan Umar 3 bulan (5.1kg, 59 cm)

Baby boo start meniarap masa 3 bulan 22 hari. Ni yang betul betul dia pusing badan dia sendiri. Sebelum ni tak berjaya nak pusing badan. Kemain mama ni semangat encourage dia untuk meniarap even sekejap pun sebab sakit dada kan. Meniarap sekejap lepas tu marah marah suh pusing dia balik, bila dah pusing kasi telentang dia meniarap balik. Macam tu la cycle dia hari hari. Mama yang baru nak belajar pasal anak ni memang ambik masa macam mana nak tackle this kind of situation.  Bila dah nak masuk 4bulan tu dia expert meniarap without struggle sangat sebab badan debab lagi masa ni.


Aryan Umar 4 bulan (6.2kg, 62cm)

Baby boo yang makin aktif, tapi dah kurang breastfeed sikit masa ni. Mungkin dah sebab dah starat lasak kan.  Bf sekejap sekejap je, main lebih. Kadang kadang mood ok kadang swing lebih. tak menentu.


Aryan Umar 5 bulan (6.7kg, 63cm)

Baby boo dah ada gigi!!! start tumbuh gigi bawah dua batang masa dia 5 bulan lebih. Yang ni aku terlambat notice sebab aku dah start keje balik, so terkurang pay attention dekat dia. yeah my bad! Patut lah tantrum lebihhh. Nangis je. Lepas tu kejap panas kejap oke. Bila lap lap badan dia suhu cepat je turun. Satu hari tu tergerak hati nak check gigi. Hoyeahhh, sekali dah ada gigi rupa nya. Mama happy terlebih laah. Mula mula tu masa bf dia gigit la jugak, tapi kena tekan hidung dengan mama, dah pandai behave . Good boy!



Aryan Umar 6 bulan (6.8kg, 66 cm)

Masa check up 6 bulan aku agak terkejut sebab berat dia naik 100g je compared dengan last check up 5m. agak down. takut graft dia cukup cukup makan je . Tapi nurse cakap tak ada masalah. Janji dia bf macam biasa then nanti dah start boleh makan may be berat dia  naik lebih sikit. Tak pe la anak. As long as awak tak underweight. Sihat walafiat. Mama ok je.

Aryan umar baru je start makan solid food last week. His first solid food kentang blend dengan bubur nasi since dia dah masuk 7months kan . Kemain suka makan.



The latest picha (7/12/2014)

Esok aryan umar genap 7 bulan. Latest update untuk hari ni? Aryan umar dah ada 5 batang gigi. Dua batang gigi bawah. 3 batang gigi atas. Gigi ke 5 tu baru cinonet je tumbuh. Aku baru perasan last week. Makin seronok asah gigi la lepas ni.hikhik

Harap harap baby boo membesar dengan sihat.

Tuesday, July 22, 2014

Pro long jaundice

Hari ni tunai kan janji pasal Aryan Umar terjebak dengan pro long jaundice ni. Di sebab kan aku darah O, Papa dia pun darah O, maka dah sah sah Aryan Umar pun darah O kan. Maka ada high possibility untuk dia dapat pro long jaundice.

Aryan kena jaundice dekat sebulan. ulang alik p KK lah aku dengan Mr. Razman ni. Hati luluh tengok kaki tangan anak lebam kena cucuk ambik darah. Tapi nak monitor takut reading dia melebihi had, maka aku rela kan jugak.

First reading dia 240. Aku dah cuak sebab doktor cakap kalau reading dia 270 kena warded. Besok nya ulang lagi p klinik , 2nd reading 260. Terus menjejeh air mata . Hemak ni cengeng nak lagi melibat kan anak. nak lagi tak de experience. Doktor advise p check reading kat hsptl sg buloh sebab the next day tu hari sabtu. KK tutup. So, sabtu petang tu p la hospital. Dok tunggu turn dari petang sampai maghrib. Sekali reading dia 300. Aku dah pasrah dah sebab tau Aryan Umar kena warded ni.

sayu tengok anak

Maka tinggal la aku dengan anak je dekat hospital, Mr. Razman & umi balik rumah dulu. sayu je sebab tak suka sangat dok hospital. Nasib la satu malam je. Malam tu memang aku tido setengah jam setengah jam sebab Aryan Umar merengek sejuk. Ye la pakai pampers aje dok bawah lampu kan. Kesian tengok dia.Tapi alahmdulillah. esok nya reading dia trn 260. Boleh check out.Sambung check up dekat KK pulak. Lega sikit boleh keluar.


Pengalaman dok NICU tu boleh simpan dalam memori diam diam. Macam macam ragam. Ada yang dah kena tukar darah sebab reading over 400. ada yang dah 2 3 hari berkampung. Aku pulak tiba tiba jadi mama yang pendiam. Tak mau cakap dengan orang sebab semak kepala dok pikir anak. mau nya tak turun reading. hazab kena warded lama lama.

2 hari lepas keluar hospital tu sambung check kat kk pulak. nasib la makin turun even tak banyak. at least boleh lah bertenang sikit aku ni.

Cukup 2 minggu pantang, masa tuk balik kampung pulak sebab jahitan dah ok. so sambung je check reading dia kat kelantan pulak. Kt kelantan pun reading makin turun sikit sikit sampai160 something.

Dalam masa dok ulang alik KK & Hospital tu, macam macam aku try ubat. Mandi kan dengan ubat kuning la, mandi kan dengan pokok itu pokok ini, air kelapa, minum susu kambing, makan anggur hitam la, hape lagi aku tak try. semua try. tapi makin naik je. sudah nya kuning dia turun dengan breastfeed banyak banyak sampai lebam.

Pengalaman anak kena pro long jaundice ni betul betul uji aku. Jaundice ni jangan buat main, Kalau berpanjangan sila la buat detailed check up. Takut ada masalah hati ke masalah lain lain yang kite tak tau.

Tapi sedikit sebanyak memang ajar aku jadi kuat sikit, kena cekal untuk anak. Kalau hemak lembik sangat, Sape pulak yang nak bertabah jaga anak kan.

Emak emak. Take note. Jangan ambik mudah yeee.

oke lah.

Babai!

Friday, July 18, 2014

Post natal punya pengalaman

Lama betul kekdah nya entry pasal bersalin nak bersambung ye dak. Dah masuk keje baru ada chance nak update. Aku malas sangat nak type satu satu kat hp.

So meh sambung pengalaman lepas bersalin pulak.

9 May 2014,

Lepas aku cite pengalaman first time bf Aryan Umar tu, memang rasa nervous sebab dah practice pun still rasa eh tak lemas ke budak ni. Paranoid lebih. Nasib lah baby tak bf banyak sangat. Perut kecik lagi. Tapi perasaan tu Ya Allah tak dapat nak di gambar kan lah. Pegang anak sendiri. Eye contact dengan dia masa bf even dia pun tak paham eye contact tu acane kan. Janji dapat tengok dia bf.

lebih kurang pukul 5 a.m , nurse datang check tekanan darah lagi, nurse mention yang darah rendah sangat sangat ni. siap pesan awak kena paksa minum air banyak banyak ni, kalau tak , tak boleh keluar ward la gamak nyaaa.Aku pun minum laaah. Rasa macam penuh dah tangki aku asyik dok teguk air je.

Pukul 7 am lebih pulak, doktor datang nak check pulak, Kali ni doktor seluk lagi . Tahan napas ketat ketat takut pedih. Memang pedih pun kan. Redha sajo lah. Then check tekanan darah  lak. Masih dok rendah tang tu jugak. Dah star risau aku ni, niat hati memang nak balik awal sesangat. Kalau maintain rendah bila aku boleh balik ni.

lepas doktor blah tu, aku cuba lah nak bangun g toilet sendiri kekonon. Hazab nya lahai nak bangun. Pedih raso eh. Terdetik hati, banyak ke jahit ni sebab rasa cam susah je nak bangun. Ye la sebab doktor kan tak prepare masa nak sambut baby tu, aku pulak memang confident yang aku tak angkat bontot langsung. arghh gasak lah, rasa nak terkencing sangat tu mengatasi.

Ye ye turun katil tu, baru jalan satu dua tapak, Pening, gelap mata terus rasa nak pitam. yang sempat aku tangkap nurse tanya " awak ok tak, boleh jalan tak" Lepas tu sedar sedar aku dah dekat atas katil. Maknanya aku pitam kojap ye. haiyooooo.

Di sebab kan nak kencing sangat, nurse pelatih tu kesian nau tengok, dia bawak bekas suh kencing atas katil je. Hemak ni malu tau dakkk, nanti orang kena bersih miss v kita kan. arggggh part tu memang rasa nak pakai topeng je.Dua pulak tu nurse practical  dok tlg bersih kan. Terpaksa put aside perasaan malu tu sebab aku memang tak boleh berdiri pun. Takut pitam dalam toilet lagi parah. Tak pasal jahitan terbukak ke hape. Maka TERPAKSA KU RELA KAN!

Lepas tu, terus kan lagi minum air banyak banyak, dengan harapan dapat balik hari yang sama. Bila check lagi, demam pulak dah. Maka, lupa kan je la niat suci murni nak balik rumah. Doktor tak kasi lepas takut apa apa jadi kat rumah. Ioll pasghah menyerah la . Nasib lah Aryan Umar ni tak buat hal sangat. cuma kadang kadang merengek tu aku gelabah la jugak sebab susu dah bagi, pampers dah tukar. newly mom is cuak u know. 

Dalam tengahari , buat 2nd attempt nak p toilet. Kali ni pun dengan penuh confident jugak aku bangun pelan pelan, dan buat kali ke 2 jugak aku pitam. Give up nak p toilet. Air dah bergelen teguk, tapi nak p kencing pun hazab. Maka kali ke 2 jugak lah kencing dalam bekas. Sekali lagi redhaaaa mak.

Masuk pulak waktu melawat, memang dok tunggu tunggu . Sedara mara datang, Mr. Razman & Umi datang lambat sikit. Excited tengok ramai datang sebab kebosanan amat dok hospital wei. So, kalau orang datang tu, rasa la sikit meriah even sedih tak boleh balik.

10 May 2014,

Main skip skip ceghita lah, aku kejar masa ni.

Doktor check dah tak demam. Maka yippie boleh balik. Check baby semua dalam keadaan baik. Maka check out lah kita. Tak betah dok lama lagi, kang demam balik, dia tak kasi balik lagi.

Dah settle bab payment, terus balik. iolls rindu rumah manis rumah. 

oke titik. hahaha. 

banyak aku skip ni. nanti aku ada kelapangan, aku ceghita bab Aryan umar kena pro long jaundice pulak.


Eh lupa, last entry ada yang tanya nape Mr. Razman tak masuk kan.

Procedure hospital PPUM, memang husband tak boleh masuk labor room. Aku pun last minute dapat tau. Redha pun last last minute berjuang sorang. Aku punya lah semangat suh Mr. Razman tengok macamana susah nya bini dia ni bertarung nak dapat kan zuriat. Tapi nak buek acano. Tak ada rezeki. Lain kali kena tukar hospital la ye kalau rasa nak suami masuk.

oke. babai.

 

Aryan Umar . 2 days old

Aryan Umar . 2 Months 10 days





 
© 2010; Lyaa Suriany | Designed by: yanasensei | Powered by Blogger